Memaparkan catatan dengan label CERITAKU.. KISAHKU.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CERITAKU.. KISAHKU.... Papar semua catatan

20 Disember, 2013

Kelebihan Sunat Dhuha

Salam Jumaat semua...alhamdulillah selesai sudah menguruskan murid-murid utk program motivasi di Pendang Lake Resort...moga rombongan mereka dilindungi Allah S.W.T serta selamat pergi dan balik. Satu-satu urusan selesai....nama je cuti sekolah tapi tak bercuti pun...Orang kata kerja cikgu banyak cuti...memang tak dinafikan ...tapi cuti tu lebih utk budak-budak sk je.....Jangan tak tahu kami dah mula membuat persiapan untuk 2014 tau...dari segi RPH...jadual waktu...program2..semua telah dirancang..huhuhu...membebel pasal periuk nasi pulak. ..namun begitu ...Alhamdulillah kerana saya ada pekerjaan berbanding dengan orang yang tak ada kerja ..(menganggur).
Hari ni hari Jumaat..penghulu segala hari. ..so rasa macam nak cerita pasa solat sunat dhuha. Semua orang rasanya tahu berkaitan Solat Sunat Dhuha. Solat ini merupakan antara solat sunat yang banyak disebut tentang kelebihan dan fadilatnya oleh Nabi Muhammmad s.a.w. Marilah kita sama-sama mengetahui tentang kelebihan sunat dhuha ini. 
solat-sunat-dhuha

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

1. Solat Dhuha adalah sedekah
Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
2. Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
3. Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.
4. Solat dhuha adalah solat orang-orang yang bertaubat
Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

Allahu Akbar! Hebatkan solat sunat dhuha ini. Dengan hanya 2 rakaat, banyak kelebihan yang boleh kita dapat. Bukankah Allah itu Maha Pemurah?....(kredit http://teamhijrah.my/kelebihan-solat-sunat-dhuha)

12 Disember, 2013

Air kosong

Berjumpa lagi....malam ni nak cerita pasal air kosong atau juga disebut air masak.. Nampak macam simple je....apa le ada pada air kosong kan...tak sedap..tawar....sedap teh tarik, air gas dan pelbagai jenis air lain....dan sebab itulah ramai yang ambil ringan pasal minum air kosong ni....

Masa saya mula-mula ambil supplement Shaklee...saya pun telah diberitahu awal-awal pasal ni....begitu juga sekarang apabila saya sebagai SID...memang ayat "minum air banyak " tu le yang akan saya beritau pada customer...hihi....kenapa ye...apa sebabnya perlu minum air kosong banyak..? Mari nak cerita....

  • Air merupakan pembawa dan pelarut mineral, nutrien serta oksigen ke semua sel tubuh dan membantu proses penghadaman.
  • badan kita memerlukan air untuk mengawal suhu badan,
  • supaya organ tubuh dapat berfungsi dengan baik dan lancar,
  • dapat membantu buah pinggang menyingkirkan bahan buangan dan toksin dari tubuh dengan lebih mudah, sebagai pelincir kepada sendi-sendi dan berupaya menghindari penyakit sendi.
  • Air juga untuk melembabkan kulit.
Nak tahu lebih info lagi...kenapa perlu minum air secukupnya boleh baca di sini (kredit untuk Farhah Amirah). 

Sememangnya manusia memerlukan air yang secukupnya bergantung kepada keperluan badannya...bagaimana nak tahu air yang kita minum mencukupi atau tidak..?Sebenarnya kadar keperluan air dalam badan bergantung kepada berat badan kita..Bagi setiap 25kg berat, air yang diperlukan oleh badan adalah 1 liter..Contohnya berat badan saya 70 kg, jadi saya perlu minum 2.5 liter air kosong sehari untuk memastikan ia cukup untuk keperluan badan saya...mudahkan...lebih kurang 2 botol mineral yang besar je...Selain daripada itu keperluan air dalam badan juga bergantung kepada diet harian, amalan bersenam dan juga persekitaran. Air dalam badan boleh hilang dalam keadaan kita berpeluh, bernafas dan buang air kecil. Contohnya jika seorang yang selalu bersenam dan mengeluarkan peluh atau selalu terdedah kepada cuaca panas, perlu minum air lebih banyak lagi bagi menggantikan semula air yang telah keluar sebab itu lah selepas berlari walaupun dah minum bergelas-gelas air tapi kita masih berasa dahaga lagi. 

Mulai sekarang mari lah kita menjaga kesihatan dengan minum air kosong yang secukupnya...Galakkan juga anak-anak kita berbuat demikian dan mereka perlu diberitahu tentang kepentingan dan kelebihan minum air kosong ini. 

Sama-samalah kita ingat-mengingati ye....salam sayang dari saya...

0195715472
Iddin supplement Store
Khairunnida Yaakob








09 Disember, 2013

INDAHNYA BERSHAKLEE

Salam semua...saya tengah bersiap-siap untuk ke Kuala Lumpur. Baju dah pack malam tadi...tunggu Angah Najmi selesai ujian dan temuduga kemasukan ke MRSM 2014 je...Harap2 perjalanan kami nanti dipermudahkan dan selamat pergi dan balik..Tak boleh nak bercuti sangat, banyak perkara yang tak selesai lagi...peperiksaan semester...kem motivasi Tahun 5..persiapan untuk 2014...dan macam-macam lagi.

Fikiran bercelaru...duk baca nota kuliah tak faham-faham...hihi..so tutup buku kita bershaklee pula. Bila fikirkan Shaklee...hati ni seronok je...suka ..rasa hilang segala masalah...Tak dinafikan masa terluang saya cukup terisi sejak kenal Shaklee...ada masanya kadang-kadang rasa tak cukup 24 jam tu...

Saya duk simpan hasrat untuk buka kedai sendiri....bisnes le kan...tapi tak tahu nak jual apa...Ada peluang buka kedai pakaian...tapi mengenangkan masa tu tengah beri tumpuan Angah nak periksa UPSR....kami lupakan dulu...konon nak fikir lepas-lepas ni...tapi..tak sempat ...sebab SHAKLEE dah di hati.. Bisnes shaklee tak payah fikir-fikir pasal modal pun...kedai pun tak payah..duk di rumah je...janji ada laptop/PC komputer yang ada internet..Caranya mudah berkongsi ilmu dan kehebatan/kelebihan produk Shaklee ni...pada saya semuanya tak sukar sebab saya seorang pengguna Shaklee...Semua produk yang saya guna tidak pernah mengecewakan...sebab itu saya yakin dengan Shaklee ni. Selain daripada itu produk Shaklee mempunyai sijil HALAL dan pengguna-pengguna  beragama Islam tidak perlu ragu-ragu akan statusnya ...


Bisnes Shaklee ni tak perlu cakap banyak ye....orang pemalu macam saya ni pun boleh...ni kan pulak orang yang memang peramah lagi le di alu-alukan. Lagi satu yang saya suka ialah tiada tekanan..tiada paksaan dalam mengejar target...tapi ..bab ni..kita kena fikir le balik...tujuan berbisnes untuk apa..kalau sekadar suka-suka..boleh le tak fikir pasal target..tapi kalau nak buat betul2..kena le usaha dan mempunyai target baru le boleh berjaya. 

Saya sangat-sangat beruntung kerana mendapat sokogan daripada group yang hebat..sebab itu le penting bagi kita memilih group yang betul dan tepat yang boleh membimbing dari A to Z..dari tak tahu hingga tahu. Bimbingan mengenai produk dan cara pemakanan yang betul akan diberikan oleh leader-leader yang hebat dan tidak kedekut ilmu secara berterusan dan kebanyakannya di alam maya...Teknik pemasaran blog dan FB akan diajar secara percuma tau...hendak dengan tak nak sahaja.

Kalau nak diceritakan memang banyak BEST dari tak best Shaklee ni....Hanya orang yang dah bersama Shaklee yang merasai semuanya...SO...apa tunggu lagi......
Tepuk Dada Tanya Selera...selera kecil ok le tapi kalau selera besar...anda memang kena fikirkan sesuatu..saya dah beri jalannya..
Untuk tahu lebih lanjut boleh rujuk sini. Kalau berminat nak join boleh hubungi saya pada bila-bila masa sahaja...

Kita jumpa lagi di lain cerita....nak bersiap-siap ...salam sayang..untuk semua..

Call/whatsapp : 0195715472
ID Shaklee : 946654
Email : kny5472@yahoo.com atau dinobersia@gmail.com
FB : Khairunnida Yaakob
Page : Iddin Supplement Store ( www.facebook.com/storsupplement4sihat.)







06 Disember, 2013

kelebihan Omega Guard Shaklee

Salam dan selamat pagi semua......Alhamdulillah masih di panjangkan usia oleh Allah s.w.t dan dapat bercerita lagi kisah-kisah SHAKLEE di sini. Semalam buat kenduri kesyukuran kecil sebab Angah Najmi dapat 5A..so tak mengadap laptop lansung...dari pagi sampai ke malam buat kerja tak habis-habis...ni nak bayar balik...Hari ni nak cerita pasal kelebihan Omega Guard Shaklee...dalam entry sebelum ni dah cerita kan pasal keistimewaan OMG pada kami sekeluarga ...kalau nak baca di sini .

Kelebihan Omega Guard Shaklee

1. Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardin, mackerel, herring, anchovies
2. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan dan tidak dihasilkan daripada minyak ikan yang mengandungi toksik. 3. Berbanding dengan produk minyak ikan yang lain, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian lengkap spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA dan banyak lagi.
4. Menurut satu sajian 1 kapsul Omega Guard Shaklee dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA. 5. Shaklee menggunakan kaedah ultatulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan

Omega Guard. Kebanyaan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang boleh membahayakan kesihatan.
6. Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl – merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.)


26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee



1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita

2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan

22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah 
insomnia

- Mengurangkan tekanan emosi

- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan

- Membantu memperbaiki masalah autism

- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive

- Mengurangkan masalah schizophrenia

- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

(Petikan dari: Blog sihatmacamyaya)


Banyak kelebihan OMG ni...siapa yang tak mencuba memang rugi...Bulan ni ada promosi terjun gaung pulak tu.. Harga biasa 3 digit ..harga PROMO hanya 2 digit sahaja. Selain daripada tu...ada lagi yang special..kalau beli 6 dapat Free 1 dan terus dapat Keahlian Shaklee..tak perlu bayar RM65 tu...JIMAT banyak kan..? Bagi saya tidak rugi anda berbelanja untuk OMG ni kerana hasilnya memang berbaloi-baloi.

Hubungi saya, Khairunnida Yaakob di 019-5715472 (wassap/sms) atau emel ke kny5472@yahoo.com atau dinobersia@gmail.com untuk dapatkan harga dan order setiap set/produk. Dapatkan juga konsultasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.

Salam Jumaat...nida@cikgu Da




19 September, 2013

FIRST TIME KENAL SHAKLEE

Hujan-hujan ni kalau berselimut bestnya le.....TAPI....mengenangkan ada "MISI" yang perlu diselesaikan...ku gagahkan diri...ku kuatkan semangat...ku lupa kan semua kerja lain dulu...haha,,,
Tak nak cerita misi apa...maluuuu..hanya mereka dan keluarga mereka je yang tau....
TENSION....tak tension pun....saya tau mereka nak saya berjaya macam mereka juga ...terima kasih..terima kasih.

Tak nak merepek panjang2....straight to the point.....macam mana mula kenal SHAKLEE ni..? Yang nak tau boleh teruskan membaca....yang tak nak tu....nak buat mcm mana...ikut korang le....

Tahun 2010 pada usia 39 tahun sy mengandung anak ke 4....(Muhammad Fahim Azmin skrg dah umur 2 tahun 2 bulan)....Masa tu anak ke 3 darjah 1...lamakan tu....tak sangka juga Allah nak bagi rezeki waktu usia lewat 30an...tapi suka+seronok...anak-anak lagi suka terutama Ahmad yang sibuk nak adik...sampai suruh beli kat hospital le.....Ramai orang kata dan cerita pasal risiko2 mengandung di usia mcm ni..tak ada darah tinggi, kencing manis bleh jadi ada...anak cacat dan macam2 lagi...Risau juga bila fikirkan semua tu...
So... mula terfikir utk ambil supplement...tanya kawan2,...tanya cik Google....hinggalah akhirnya jumpa Shaklee ni...Tak habis cerita lagi tau....Dah dapat produk....pening pulak fikir nak cari kat mana...?Nak beli dengan sapa..?.....Google lagi......sehinggalah ahkhirnya berminat membeli dengan SID yang masa tu juga seorang Jurutera Petronas..(sekarang dah jadi Presiden Shaklee uuu...hebat tak hebatnya..).tanya itu..tanya ini..memang tepat le pilihan sy ni...Itu belum cuba produk lagi tu...Comfirm le sy sebagai pengguna Shaklee dan memandangkan memang nak makan untuk sendiri lepas ni...so...terus jadi ahli...kot le sambil2 guna supplement...dapat faedah lain...sambil menyelam minum air orang kata.
# gambar ihsan (TQ tuannya)


Ini le set mengandung yang saya ambil.....dari mula mengandung sampai le melahirkan. Memang diakui kehebatannya...Alhamdulillah...sepanjang mengandung saya tak mengalami apa2 masalah...HB ok...tekanan darah OK...tiada kencing manis...dan yang paling best....sentiasa cergas dan bertenaga....
Begitu le ceritanya....itu baru cerita masa mengandung....masa melahirkan....masa dalam pantang....dan hingga kini..belum cerita lagi....SABAR dan TUNGGUUU....banyak lagi cerita nak di ceritakan tau...

Mana-mana yang mengandung dan tengah mencari supplement yang sesuai untuk bayi dalam kandungan juga untuk diri sendiri sihat,cergas dan bertenaga....Tiru le macam saya..pilih le Shaklee...Memang Terbukti Keberkesannya...dengan izin ALLAH jua ...

OK....nak pergi jalan-jalan jap...cari baju sekolah anak-anak..

Salam sayang dari saya ...ingat tau...

"BIAR BAYAR LEBIH UNTUK MENCEGAH....DARIPADA MERAWAT..." itu saya kata....
sebab kalau dah sakit duit banyak pun tak guna...

Khairunnida Yaakob@Nida@CikguDa