12 Disember, 2013

Air kosong

Berjumpa lagi....malam ni nak cerita pasal air kosong atau juga disebut air masak.. Nampak macam simple je....apa le ada pada air kosong kan...tak sedap..tawar....sedap teh tarik, air gas dan pelbagai jenis air lain....dan sebab itulah ramai yang ambil ringan pasal minum air kosong ni....

Masa saya mula-mula ambil supplement Shaklee...saya pun telah diberitahu awal-awal pasal ni....begitu juga sekarang apabila saya sebagai SID...memang ayat "minum air banyak " tu le yang akan saya beritau pada customer...hihi....kenapa ye...apa sebabnya perlu minum air kosong banyak..? Mari nak cerita....

  • Air merupakan pembawa dan pelarut mineral, nutrien serta oksigen ke semua sel tubuh dan membantu proses penghadaman.
  • badan kita memerlukan air untuk mengawal suhu badan,
  • supaya organ tubuh dapat berfungsi dengan baik dan lancar,
  • dapat membantu buah pinggang menyingkirkan bahan buangan dan toksin dari tubuh dengan lebih mudah, sebagai pelincir kepada sendi-sendi dan berupaya menghindari penyakit sendi.
  • Air juga untuk melembabkan kulit.
Nak tahu lebih info lagi...kenapa perlu minum air secukupnya boleh baca di sini (kredit untuk Farhah Amirah). 

Sememangnya manusia memerlukan air yang secukupnya bergantung kepada keperluan badannya...bagaimana nak tahu air yang kita minum mencukupi atau tidak..?Sebenarnya kadar keperluan air dalam badan bergantung kepada berat badan kita..Bagi setiap 25kg berat, air yang diperlukan oleh badan adalah 1 liter..Contohnya berat badan saya 70 kg, jadi saya perlu minum 2.5 liter air kosong sehari untuk memastikan ia cukup untuk keperluan badan saya...mudahkan...lebih kurang 2 botol mineral yang besar je...Selain daripada itu keperluan air dalam badan juga bergantung kepada diet harian, amalan bersenam dan juga persekitaran. Air dalam badan boleh hilang dalam keadaan kita berpeluh, bernafas dan buang air kecil. Contohnya jika seorang yang selalu bersenam dan mengeluarkan peluh atau selalu terdedah kepada cuaca panas, perlu minum air lebih banyak lagi bagi menggantikan semula air yang telah keluar sebab itu lah selepas berlari walaupun dah minum bergelas-gelas air tapi kita masih berasa dahaga lagi. 

Mulai sekarang mari lah kita menjaga kesihatan dengan minum air kosong yang secukupnya...Galakkan juga anak-anak kita berbuat demikian dan mereka perlu diberitahu tentang kepentingan dan kelebihan minum air kosong ini. 

Sama-samalah kita ingat-mengingati ye....salam sayang dari saya...

0195715472
Iddin supplement Store
Khairunnida Yaakob








Tiada ulasan:

Catat Ulasan